Tema dan Pesan "Syair Bidasari Lahir"

Syair Bidasari ialah kesusasteraan Melayu klasik bergenre syair romantik yang amat popular dalam masyarakat Melayu abad ke-18 dan ke-19. Tarikh teksnya dikarang dipercayai seawal 1750 Masihi (M). Ia dikarang oleh pengarang asalnya berdasarkan hikayat di Kembayat Negara (Champa), menurut rangkap pertama syair. Para sejarawan percaya bahawa Kembayat Negara ialah Champa.

Manuskrip terawal ditemui, setakat ini, bertarikh 1814 M, namun tajuk syair ini telah disebut oleh Dr. J. Leyden pada 1807 M ketika beliau mengembara ke seluruh rantau Melayu, yang menggambarkan karya ini telah wujud lebih awal daripada tarikh manuskrip (1814 M) itu. Syair Bidasari ialah karya asli Melayu dan dikatakan berasal dari Palembang berdasarkan beberapa faktor linguistik, menurut Van Hoƫvell.

Syair ini diterbitkan dan dibahas oleh H. C. Klinkert di Leiden pada tahun 1886 dalam Drie Maleische Gedichten of Sjair Ken Tamboehan, Jatim Nestapa en Bidasari. Syair ini sempat populer di Eropa pada abad ke-19, dan diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda, dan disadur dalam bentuk prosa ke dalam bahasa Perancis.
Syair ini memiliki tema Suka-cita berlebihan seorang raja atas kelahiran putrinya yang berujung kedukaan. Pesannya adalah 1) Syukurilah segala anugerah dengan cara yang sederhana, 2) Janganlah merayakan sesuatu secara berlebihan.

SYAIR BIDASARI LAHIR

Dengarlah kisah suatu riwayat
Raja di desa negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Dibuatkan syair serta berniat

Adalah raja sebuah negeri
Sultan Agus bijak bestari
Asalnya baginda raja yang bahari
Melimpah pada dagang biaperi

Kabarnya orang empunya termasa
Baginda itulah raja perkasa
Tiadalah ia merasa susah
Entahlah kepada esok dan lusa

Seri padukan sultan bestari
Setelah ia sudah beristri
Beberapa bulan beberapa hari
Hamillah puteri permaisuri

Demi ditentang duli mahkota
Makinlah hati bertambah cinta
Laksana mendapat bukit permata
Menentang istrinya hamil serta

Beberapa lamanya di dalam kerajaan
Senantiasa ia bersuka-sukaan
Datanglah masa beroleh kedukaan
Baginda meninggalkan takhta kerajaan

Datanglah kepada suatu masa
Melayanglah unggas dari angkasa
Unggas garuda burung perkasa
Menjadi negeri rusak binasa

Datang menyambar suaranya bahna
Gemparlah sekalian mulia dan hina
Seisi negeri gundah gulana
Membawa dirinya barang ke mana

Baginda pun sedang dihadap orang
Mendengarkan gempar seperti perang
Bertitah baginda raja yang garang
Gempar ini apakah kurang

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Contoh Soal Teks Puisi (Musikalisasi Puisi) - Kelas VIII

Kompetensi Dasar (KD) B.Indonesia Kelas 8 (Kurikulum 2013 - Revisi Sesuai Permen No.24 Tahun 2016)

Mana yang Betul: memperoleh atau memeroleh?